Monday, February 18, 2008

'Padam' hutang -
Penggodam tawar ceroboh pangkalan data PTPTN


Sindiket yang didalangi penggodam komputer mendakwa mampu melupuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam masa kurang 15 minit sahaja.

Dengan mengenakan caj sebanyak AS$600 atau RM2,000 menggunakan bayaran dalam talian, sindiket yang dulunya beroperasi menerusi satu laman web itu kini menukar modus operandi melalui rangkaian siri rangkaian e-mel.

KOSMO! difahamkan, mereka mendakwa mampu menghapuskan data hutang seseorang pelajar, sekali gus membebaskan individu terbabit daripada membayar balik pinjaman.


Malah mereka memberi jaminan data peribadi peminjam juga tidak akan dapat dikesan oleh PTPTN.

Tawaran itu telah disebarkan melalui satu laman web dialamat www.ptptn.biz sejak awal bulan lepas tetapi ditutup sejak tiga hari lalu setelah operasinya mula dihidu PTPTN.

Bagaimanapun menurut sumber, kegiatan sindiket berkenaan telah bertukar arah dan kini mereka beroperasi pula melalui e-mel.

Malah PTPTN sendiri sudah mengeluarkan kenyataan dalam laman web mereka bahawa ia tiada sebarang kaitan dengan laman web berunsurkan penipuan itu seperti dalam laman web www.ptptn.biz atau yang seumpamanya.

"Pelajar dinasihatkan untuk tidak melayari laman web berunsurkan penipuan sebegini dan merujuk kepada laman web www.ptptn.gov.my sahaja untuk sebarang urusan dan pertanyaan.

"PTPTN tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang urusan selain daripada laman web rasmi di alamat www.ptptn.gov.my,'' kata kenyataan itu dalam laman web rasmi PTPTN itu.

Biarpun pihak PTPTN sudah mengeluarkan pemberitahuan tersebut, ia hanya diletak di laman web versi Bahasa Inggeris sedangkan notis yang sama tiada pada versi bahasa Melayu.


#jGNla kRG tPedayA nGAN BEndA boDOh nIE...bYRlA huTANg yG aDA...iF XBYR kaT aKHIrat, aKAn diTUNtut...lG sEKSa...aMin...

1 comment:

... said...

wei...........ape harm jadah yg ko tulis ni wei? hahaha...ko blaja ni ek? gudluck my friend...aku support ko dr blakang...smoga success slalu..