Saturday, September 06, 2008

Browser terbaru dr Google Inc (Google Chrome)


Apa browser yang sedang korang gunakan? Internet Explorer? Oh come-on la.. tak trendy la beb kalau guna Internet Explorer lagi. Well, nak dibandingkan dengan semua internet browser yang ada dalam dunia ni, Aku lebih prefer Mozilla Firefox dan Aku pasti begitu juga dengan mereka yang berfikiran “Professional” mengenai browser.

Tapi smalam masa kat office, bukak la Google. Terperasan plak ada satu note kecik yang ada kat situ. Google Chrome? nama beskal ke ni? Aku pun click.. Upernye Google pun dah keluarkan browser mereka sendiri dah. Dan seperti biasa sebagai makhluk tuhan paling sexy yang mahukan segalanya percuma lagi-lagi keluaran dari Google, Aku pun download dan install. Dan pagi ini, terus menulis blog menggunakan Google Chrome. Sangat puas hati rasa macam nak tinggalkan Firefox terus. Huhu. Mungkin benda baru la kot.

Tujuan Google mengeluarkan browser mereka sendiri bukan bertujuan untuk bersaing dengan browser yang lain, tapi untuk menyeru mereka semua mengikut jejak langkah bagaimana Google meng’adaptasi idea-idea baru (yang tak pernah kita fikirkan) ke dalam Google Chrome ni. Korang boleh usya karton mengenai Google Chrome ni. Apa kelebihan pada browser dari Google ni?

Well, paling penting dalam apa-apa produk pun adalah first impression. First impression Aku adalah “WOW” dan seharusnya begitulah kalau dah produk dari Google iye tak? Interface pun comel yang membuatkan paparan website semakin besar. Antara idea yang tak pernah kita fikirkan telah dilakukan dalam Google Chrome adalah, pemecahan proses dalam task manager. Let say before kalau pakai Firefox, main tab-tab kan? Bila satu tab buat hal, habis satu Firefox not responding. Nak taknak restart atau tunggu la sampai kucing bertanduk.

Dan di Google Chrome, apa yang Aku perasan bila nengok proses kat task manager, diorang gunakan kaedah satu tab untuk satu proses. Which mean, kalau satu tab buat hal, tab tu sahaja yang akan di padamkan. Memang cool gila ba.. errr.. gila-gila idea Google ni. Dan idea inilah yang mereka seru pihak pembangunan browser lain untuk gunakan. Kita juga yang seronok nanti.

Kalau korang nak nengok, apa yang menarik dalam Google Chrome ni, terus saja ke official website diorang. Nengok satu-satu video yang ada tu. Kalau dah rasa memang tak boleh nak pakai browser lain selain Firefox, jangan risau. Aku pun macam tu. Tapi Google Chrome ni function sebijik-sebijik macam Firefox. Dan Aku harap, korang ada-adakanlah masa untuk mencuba benda-benda baru. Baru la tak ketinggalan zaman. Lagi-lagi yang masih gunakan Internet Explorer tu. Orang dah sampai bulan, awak baru atas pokok. Kesian.


Apapun, Google Chrome masih dalam proses percubaan (BETA mode) dan hanya available untuk pengguna Windows Vista dan XP aje. Sape pakai Mac, sabar je la yer. Kalau dah cuba, share la pendapat kat entri ni yer.

Downloads link...


1 comment:

IT Solutions said...

After study a number of the weblog posts in your web site now, and I actually like your means of blogging. I bookmarked it to my bookmark web site record and will be checking back soon. Pls check out my website online as properly and let me know what you think.